"Decoding Ten Years" Versi Berbilang Bahasa Dilancarkan

2022-09-30 15:00:06  CRI
Share with:

Majlis pelancaran filem monografi "Decoding Ten Years" versi berbilang bahasa arahan Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Beijing hari ini, dan turut diserikan dengan kehadiran Naib Ketua Pengarah Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden CMG, Shen Haixiong.
Untuk rekod,  "Decoding Ten Years" akan disiarkan melalui pelbagai saluran Jaringan Television Global China (CGTN) milik CMG termasuk yang berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab, Rusia dan lain-lain, dan juga melalui sejumlah portal, APP dan akaun media sosial milik CMG yang berbilang bahasa asing bermula hari ini.