Bina Hubungan China-Jepun yang Selaras dengan Zaman Baharu

2022-09-30 14:34:04  CRI
Share with:

Semalam merupakan ulang tahun ke-50 normalisasi hubungan diplomatik China-Jepun. Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang masing-masing mengutus kawat tahniah kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. Pemimpin kedua-dua pihak menilai tinggi hubungan diplomatik yang pulih pada masa lima dekad lalu dan kejayaan pembangunan hubungan bilateral dalam tempoh tersebut serta menerangkan prospek dan menunjukkan arah bagi hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Jurucakap Kementerian Luar China,, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat semalam. Menurutnya, dunia kini sedang menghadapi perubahan yang tiada tolok bandingnya dalam tempoh seratus tahun lalu. Pada saat menjelang kemaraan untuk tempoh lima dekad akan datang, China dan Jepun perlu mempertahankan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, menaati pelbagai prinsip yang terkandung dalam empat dokumen politik berkenaan, komited membina kedamaian dan persahabatan, bertindak mengikuti trend semasa, menjalankan kerjasama menang-menang, mengawal percanggahan dan pertentangan agar bersama-sama membina hubungan China-Jepun yang selaras dengan zaman baharu.