Adakah Terdapat Tumbuh-tumbuhan di Planet Lain?

2022-10-02 11:49:47  CRI
Share with:

Dalam aktiviti anjuran Pusat Asia Afrika di bawah Kumpulan Media China (CMG) yang bertemakan "Impian Jelajahi Angkasa dalam Lukisan" yang diadakan baru-baru ini, ramai remaja di seberang laut memilih melukiskan habitat di angkasa lepas dalam bayangan mereka.

Atif Raihan,budak Bangladesh yang berumur sembilan tahun, melukiskan tugasnya sebagai penjaga taman di sebuah planet baharu di mana terdapat tumbuh-tumbuhan tanamannya yang pelbagai jenis. Pemandangan alam sekitar di habitat baharu itu di bawah pengendaliannya seindah yang di Bumi.

Naimeen Nawaar yang berumur tujuh tahun juga datang dari Bangladesh, Dia melukiskan habitat baharu di ruang angkasa sebagai sebuah taman yang indah di mana kawan-kawannya bukan sahaja boleh menanam bunga dan rumput tetapi juga boleh menaiki roda Ferris dan bermain bola sepak.

Selain itu, dalam karya Joy Chepkemoi, remaja Kenya yang berumur 12 tahun, angkasa lepas yang berwarna biru bertaburkan planet yang berwarna hijau dan banyak tumbuh-tumbuhan yang subur.

Adakah tumbuh-tumbuhan di habitat di angkasa lepas dalam bayangan anda? Sila berkongsi lukisan anda dengan kami.