Macam Mana Keadaan Masa di Angkasa Lepas?

2022-10-02 10:41:39  CRI
Share with:

Sesi interaksi “Pertanyaan tentang Angkasa Lepas” berjaya diadakan oleh Pusat Penerbitan Program Bahasa-Bahasa Asia dan Afrika di bawah Kumpulan Media China (CMG) dan Muzium Sains dan Teknologi China baru-baru ini.

Angkasawan China yang pertama diterbangkan ke angkasa lepas, yang sekarang ini bertugas sebagai Naib Ketua Pereka Bentuk Projek Aeroangkasa Bermanusia China,Yang Liwei memberi jawapan menerusi Internet berhubung pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajar dari Kemboja, Kang Theari tentang keadaan kehidupan angkasawan di angkasa lepas, dan masanya berlalu lebih cepat, lambat atau sama berbanding dengan di Bumi.

Menurut penerangan Yang, terdapat tiga jenis piawaian masa  bagi angkasawan, iaitu Waktu Semesta Koordinasi(UTC), waktu kapal angkasa lepas yang dikira sejak pelancarannya dan waktu standard Beijing.

Kehidupan dan pekerjaan angkasawan China tersebut diatur mengikut piawaian waktu standard Beijing, maka keadaan kehidupan mereka di angkasa lepas hampir sama seperti di Bumi.

Angkasawan mengalami pergantian siang dan malam setiap 90 minit sekali berikutan kapal angkasa terbang di orbit mengelilingi Bumi pada kekerapan setiap 90 minit sekali.

Pemandangan alam di Bumi, jika dilihat dari jendela kapal angkasa lepas, agak jelas dengan latarbelakangnya adalah ruang kosmos yang berwarna hitam baik pada siang hari mahupun sebelah malam.