Hormat, Sayangi Warga Emas

2022-10-04 15:14:00  CRI
Share with:

Tanggal 4 Oktober merupakan Pesta Chongyang yang jatuh pada hari kesembilan bulan kesembilan dalam kalender imlek.

Pada zaman dahulu, pesta itu disambut dengan tradisi seperti mendaki gunung, memuja nenek moyang dan mengadakan jamuan bagi mendoakan panjang umur buat warga emas.

Pada zaman sekarang pula, pesta tradisional itu ditetapkan sebagai 'pesta warga emas', menyaksikan pelbagai aktiviti dianjurkan untuk menyemarakkan rasa kasih dan sayang kepada golongan warga emas.