Pesta Chongyang (Hari Warga Emas)

2022-10-04 13:43:11  CRI
Share with:

Hari kesembilan bulan kesembilan menurut kalendar tradisional Cina merupakan Pesta Chongyang yang juga Hari Warga Emas yang jatuh pada 4 Oktober tahun ini.

Menurut bahan bukti kaji purba yang berkenaan, pesta Chongyang berasal dari penyembahan terhadap langit semasa musim tuaian pada purba kala, dan beransur-ansur menyaksikan pertambahan isi kandungan kebudayaannya yang berubah menjadi adat resam seiring dengan perkembangan zaman seperti pemujaan kepada leluhur dengan menawarkan korbanan, mendaki gunung, menjemurkan tuaian pada musim gugur, dan menikmati keindahan tanaman bunga kekwa.

Kini, pesta Chongyang sudah ditambah lagi konotasinya setelah ditetapkan sebagai Hari Warga Emas di China untuk memartabatkan budaya menghormati golongan yang lanjut usia. Menurut Undang-undang Jaminan Kepentingan Warga Emas Republik Rakyat China yang dipinda dan dilulus oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China pada tahun 2012, salam yang tulus ikhlas dalam pelbagai bentuk ditekankan untuk disampaikan kepada orang tua pada hari ini.