Iraq Bukan Medan Saingan Geopolitik: Duta China

2022-10-05 15:43:53  CRI
Share with:

Iraq yang berkedudukan strategik harus menjadi pendorong kerjasama serantau, bukan medan persaingan geopolitik, kata naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing.

Dai berkata, China menghargai usaha Iraq dalam menggalakkan integrasi serantau dan mengembangkan hubungan baik dengan negara jiran, serta menyokong kerjasama Iraq-Kuwait dalam mencari warga Kuwait yang hilang dan harta negara berkenaan.

Beliau turut mengulangi pendirian China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, serta mewujudkan keselamatan bersama menerusi kerjasama.

"Pada masa ini, Iraq berada di fasa kritikal pembentukan kerajaan baharu. China berharap semua pihak di negara itu mengukuhkan perpaduan, menangani perselisihan dengan baik, dan membina konsensus untuk meletakkan asas politik kukuh demi kestabilan dan kemakmuran berkekalan.

"Masyarakat antarabangsa harus menghormati sepenuhnya kedaulatan negara Iraq, dan menyokong rakyatnya memilih jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri," katanya dalam sesi perbahasan Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Iraq pada Selasa.