Xi Beri Kata Semangat kepada Pekerja Geologi

2022-10-05 14:51:13  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menggalakkan para pekerja yang menceburi bidang geologi supaya terus menyemarakkan tradisi murni dan berdedikasi kepada usaha penerokaan sumber galian.

Harapan itu disuarakan beliau menerusi surat balas kepada pekerja yang bertugas di Biro Geologi dan Sumber Galian Provinsi Shandong pada Ahad.

Xi berkata sumber galian asas penting kepada pembangunan sosioekonomi, dan penerokaan sumber berkenaan berkait rapat dengan mata pencarian rakyat serta keselamatan negara.

Beliau mahu para pekerja aktif mempraktikkan konsep pembangunan hijau, melipatgandakan usaha dalam penjelajahan sumber mineral dan mencapai kemajuan dalam bidang teknologi.

Ditubuhkan pada 1958, pasukan pekerja itu berjaya meneroka sumber emas seberat 2,810 tan.

Baru-baru ini, pasukan itu mengirim surat kepada Presiden Xi untuk memperkenalkan keberhasilan kerja mereka sambil menzahirkan tekad untuk menyumbang kepada keselamatan tenaga dan sumber negara.