AS Disyaki Pelaku Kebocoran Paip Nord Stream

2022-10-05 15:18:49  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan besar menjadi pelaku insiden kebocoran saluran paip gas Nord Stream, kata bekas penasihat khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Sachs.

Sachs yang juga profesor ilmu ekonomi Universiti Columbia, berkata Rusia dan Jerman antara negara yang mengalami kerugian paling besar akibat kejadian tersebut.

"Kebocoran gas kemungkinan besar berpunca daripada tindakan AS, dan barangkali juga melalui persubahatan dengan beberapa negara lain," katanya.

Beliau menganggap, kebocoran paip Nord Stream memberi tamparan hebat kepada Eropah hingga menyebabkan benua itu lebih terdedah kepada kemelesetan ekonomi ekoran krisis tenaga.