Komplotan Kekang China Perguna Isu Xinjiang Sekadar Sia-sia

2022-10-07 15:00:52  CRI
Share with:

Draf resolusi mengenai isu Xinjiang yang dibangkitkan Amerika Syarikat (AS) diveto dalam sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Khamis.

Sehubungan itu, Kementerian Luar China menerusi jurucakapnya menyatakan komplotan negara Barat untuk menindas dan mengekang China dengan mempergunakan isu Xinjiang nescaya sia-sia.

Sejak sekian lama, negara berkenaan sering menyebarkan khabar angin dan melakukan mainan politik atas nama hak asasi, dengan niat memburuk-burukkan imej dan membendung pembangunan China.

Kementerian itu membidas perbuatan mereka mengheboh-hebohkan falasi dan tohmahan berkaitan Xinjiang, dan melobi kelulusan draf berkenaan di UNHRC untuk mencampuri urusan dalaman China.

Biarpun berdepan tekanan daripada AS, majoriti anggota UNHRC khususnya negara membangun senada menolak draf tersebut, sekali gus menggagalkan komplotan menyasar China itu.