Sekatan AS Tidak Dapat Kekang Pembangunan China

2022-10-09 16:43:22  CRI
Share with:

Langkah-langkah Amerika Syarikat(AS) yang mempolitikkan isu sains dan teknologi serta ekonomi tidak dapat mengekang pembangunan China, sebaliknya akan memblokade dan menjejaskan kepentingan diri-sendiri. 

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Sabtu.

Mao Ning menyifatkan kawalan eksport baharu AS yang bertujuan menyekat keupayaan China membeli dan mengeluarkan cip berkualiti tinggi sebagai tindakan hegemoni dalam bidang sains dan teknologi.

"Tindakan itu bertentangan dengan prinsip persaingan yang adil serta peraturan perdagangan antarabangsa, bukan sahaja menjejaskan kepentingan sah firma China, tetapi juga membawa pengaruh negatif kepada firma AS. 

 "Ia bukan sahaja menghalang komunikasi sains dan teknologi serta kerjasama perdagangan antarabangsa, tetapi juga akan memberikan tamparan kepada kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan sejagat serta pemulihan ekonomi global," kata jurucakap itu.