Isu Taiwan Hal Ehwal Dalaman China

2022-10-09 15:13:01  CRI
Share with:

Isu Taiwan antara hal ehwal dalaman China. China berpendirian konsisten dalam menyelesaikan isu Taiwan.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning ketika mengulas kenyataan CEO syarikat TESLA, Elon Reeve Musk berhubung situasi kedua-dua pantai Selat Taiwan dalam sidang akhbar di Beijing pada Sabtu.

Mao Ning menyatakan bahawa  China berpegang kepada panduan asas "penyatuan negara secara damai, satu negara dua sistem".

Dalam pada itu, China menentang muslihat  "Kemerdekaan Taiwan" yang mahu memecahbelahkan negara, menolak campur tangan kuasa luar, selain memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.