Guterres Seru Bantu Tangani Krisis Kemanusiaan Haiti

2022-10-10 14:51:35  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa diseru mempertimbangkan untuk mengerahkan sebuah pasukan profesional ke Haiti untuk membantu menangani krisis kemanusiaan di situ.

Seruan itu dibuat Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya, Stephane Dujarric pada Ahad.

Guterres melahirkan kebimbangan serius terhadap keadaan semasa di Haiti, susulan situasi keselamatan negara itu semakin memburuk hingga menyebabkan kelumpuhan negara serta penularan penyakit kolera.

Sementara itu, perkhidmatan kritikal untuk mencegah penyakit kolera termasuk pengagihan air minum terhenti ekoran penghantaran bahan api terhalang.

Guterres mengulangi seruan supaya masyarakat antarabangsa termasuk anggota Majlis Keselamatan PBB segera menghantar pasukan profesional ke Haiti, sekali gus memastikan penghantaran air minum, bahan api, makanan serta bekalan perubatan dapat dilakukan tanpa halangan.