AS Dikecam Kaut Keuntungan dari Krisis Tenaga

2022-10-10 14:44:33  CRI
Share with:

Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov semalam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mempergunakan syarikat gergasi tenaga negara itu untuk mengaut keuntungan yang berjumlah besar.

Peskov berkata, di samping menghasut Eropah memperhebat sekatan dan melepaskan kebergantungan terhadap Rusia dalam bidang tenaga, AS menjual gas asli dengan harga tiga hingga empat kali ganda daripada harga pasaran.

Sesetengah negara Eropah turut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap amalan AS menjual gas asli yang berharga tinggi kepada Eropah tatkala krisis tenaga terus meruncing.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam satu persidangan bersama usahawan di Paris baru-baru ini, menyifatkan tindakan AS menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada rakan sekutunya bukan 'erti persahabatan'.