Buku "Fahami Falsafah Pendidikan Xi Jinping" Versi Bahasa Inggeris Diterbitkan

2022-10-10 11:42:53  CRI
Share with:

Buku "Fahami Falsafah Pendidikan Xi Jinping" versi bahasa Inggeris diterbitkan baru-baru ini.

Versi bahasa Cina yang diterbitkan pada Julai 2020, mencatatkan huraian komprehensif dan mendalam mengenai falsafah pendidikan Presiden Xi Jinping, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC). Ia terdiri daripada prakata dan sembilan bab.

Diterjemahkan oleh Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU), versi Inggeris itu bertujuan berkongsi pemikiran dan idea baharu Xi mengenai pendidikan dengan pembaca seluruh dunia.

Perkembangan terkini dalam sektor pendidikan China turut diperkenalkan dalam buku tersebut.

Buku versi bahasa Inggeris itu terbitan bersama Foreign Language Teaching and Research Press (FLTRP) dan Higher Education Press (HEP).