Persiapan Modul Eksperimen Mengtian Lancar

2022-10-10 12:50:51  CRI
Share with:

Modul eksperimen kedua stesen angkasa China, Mengtian melengkapkan pengisian bahan dorong seperti dijadualkan pada Ahad, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Sebelum ini, modul eksperimen itu telah menyelesaikan pelbagai kerja pemasangan dan ujian di tapak pelancaran Wenchang di provinsi Hainan.

Kini, kemudahan dan peralatan tapak pelancaran berada dalam keadaan baik, manakala sistem yang terlibat dalam ujian sedang menjalani persiapan secara teratur untuk misi berkenaan.