Canselor Jerman Tegas Sokongan terhadap Globalisasi

2022-10-12 16:18:00  CRI
Share with:

Canselor Jerman Olaf Scholz sekali lagi menzahirkan sokongan terhadap globalisasi dan menganggap ia membolehkan kemakmuran dikecapi ramai orang.

Beliau membuat kenyataan berkenaan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Kejuruteraan Mekanik Berlin pada Selasa.

Scholz turut menyifatkan 'cantas perhubungan' sebagai jalan yang salah sama sekali.

Beliau berpendapat, Jerman dan Kesatuan Eropah (EU) harus menjalinkan hubungan perdagangan lebih luas dan mantap, dan mempergiat perdagangan dengan China serta negara pasaran baru muncul yang lain di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin.