China Terus Menyumbang kepada Penyelesaian Isu Pelarian Sejagat

2022-10-13 13:00:17  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu ketika menyampaikan ucapan dalam sesi ke-73 Jawatankuasa Eksekutif Agensi Pelarian PBB pada 11 Oktober, membentangkan pendidiran dan cadangan China dalam isu pelarian dan sumbangannya kepada usaha melindungi pelarian antarabangsa dan urusan kemanusiaan.

Chen Xu menyatakan bahawa jumlah pelarian dan orang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia mencecah 100 juta orang buat pertama kalinya pada tahun 2022 sehingga membawa banyak cabaran baharu kepada keselamatan dan pembangunan sejagat.

Beliau menekankan bahawa hendaklah bekerjasama dalam rangka pelbagai pihak untuk menyahut cabaran yang dibawa isu pelarian, menyokong PBB dan UNHCR memainkan peranan penyelarasnya dalam menangani isu pelarian dan menghulurkan bantuan kemanusiaan, melaksanakan Perjanjian Global tentang Isu Pelarian dengan tindakan yang substantif di samping bersama-sama menyempurnakan sistem perlindungan pelarian sejagat.

Menurut Chen, memandangkan negara membangun telah menerima pelarian yang melebihi 80% jumlah keseluruhan sejagat, negara maju sepatutnya menunaikan janji bantuannya termasuk memberikan lebih banyak sokongan kepada pelarian dan negara yang menerima pelarian. Masyarakat antarabangsa dan UNHCR perlu mengekalkan prinsip “tidak mempolitikkan” dalam menguruskan isu pelarian.

Ketika memperkenalkan pencapaian dan sumbangan China, Chen Xu menyatakan bahawa China amat mementingkan kerjasama antarabangsa dalam isu pelarian dan sentiasa melibatkan diri dalam penyelesaian isu hangat dengan konstruktif. Contohnya, China mendorong kerjasama melawan wabak COVID-19 di arena antarabangsa dengan membekalkan 2.2 bilion dos vaksin kepada lebih 120 buah negara dan pertubuhan antarabangsa. China menghulurkan bantuan kepada UNHCR dan sejumlah negara termasuk Afghanistan, Sultan Selatan, Iraq, Ukraine dan Myanmar melalui laluan dua hala atau pelbagai hal. Melalui “Tabung Pembangunan Sejagat dan Kerjasama Selatan-Selatan”, China menyokong dan membantu negara Afrika mengawal dan mencegah wabak COVID-19 sehingga menyumbang kepada usaha melindungi pelarian dan tindakan kemanusiaan di sebalik penularan wabak tersebut.

China akan terus mengeratkan kerjasama dengan UNHCR dan masyarakat antarabangsa untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam menangani isu pelarian sejagat.