Pembangunan China Bukan Ancaman atau Cabaran

2022-10-13 11:31:02  CRI
Share with:

Pembangunan China memberi peluang kepada negara lain, bukan ancaman atau cabaran, menurut Kementerian Luar.

Jurucakapnya Mao Ning mengulangi pendirian Beijing itu sebagai respons terhadap laporan media bahawa kerajaan baharu United Kingdom (UK) bakal melabelkan China sebagai ancaman.

Beliau menegaskan, China mengamalkan dasar luar yang damai dan bebas.

“Kami (Beijing) berharap kerajaan UK dapat memandang China dan hubungan kedua-dua negara secara objektif dan rasional.

“Pemikiran lapuk ‘ancaman China’ tidak menguntungkan sesiapa pun, sebaliknya akan mengalami kebuntuan,” kata Mao semasa taklimat harian di Beijing pada Rabu.

Menurut beliau, pembangunan China bertujuan untuk memastikan rakyat menjalani kehidupan lebih baik, di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia.

“Pembangunan kami tidak menyasarkan sesiapa, mahupun mengancam mana-mana pihak,” tegasnya.