Lubnan, Israel Capai Perjanjian Sempadan Maritim

2022-10-14 15:56:03  CRI
Share with:

Lubnan dan Israel mencapai perjanjian bagi menentukan sempadan maritim yang mencetuskan pertikaian antara kedua-dua negara.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Israel Yair Lapid pada Selasa, dan mendapat persetujuan daripada Presiden Lubnan Michel Aoun dua hari kemudian. 

Lubnan dan Israel, jiran tetangga yang masih belum menjalinkan hubungan diplomatik.

Dua negara itu masing-masing mengemukakan tuntutan kedaulatan terhadap perairan seluas kira-kira 860 kilometer persegi di timur Laut Mediterranean, dan mahu meneroka sumber minyak dan gas asli di sana.

Sejak Oktober 2020, kedua-dua negara mengadakan beberapa pusingan rundingan berhubung isu berkenaan di bawah pengantaraan Amerika Syarikat (AS).