25 Negara Seru Hentikan Tindakan Paksa Sepihak

2022-10-20 14:59:02  CRI
Share with:

Tindakan paksa sepihak mesti ditarik balik dengan sepenuhnya kerana ia mencabuli hak asasi manusia dan akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan, kata Kuasa Usaha delegrasi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing ketika berucap mewakili 25 negara pada perbahasan umum mengenai isu hak asasi manusia di Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB pada Rabu.

Dai Bing menyatakan bahawa dunia kini menghadapi cabaran global yang serius, khususnya negara-negara membangun. Masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan perpaduan dan kerjasama, dan menjunjung multilateralisme yang sebenar dan berkesan.

"Tindakan paksa sepihak bukan sahaja bertentangan dengan visi dan prinsip Piagam PBB serta undang-undang antarabangsa, malah juga melanggar multilateralisme dan norma asas hubungan antarabangsa." kata Dai.

Dalam ucapannya, Dai Bing menjelaskan bahawa 25 negara menyambut baik deklarasi menteri yang dikeluarkan oleh Kumpulan 77 dan China. Deklarasi bersama itu menegaskan bahawa tindakan paksa sepihak ke atas negara membangunan tidak akan membantu pembangunan sosial dan ekonomi, serta tidak kondusif bagi dialog dan persefahaman antara pelbagai negara.  

"25 negara ini menegaskan pendirian menentang tindakan paksa sepihak, dan menyeru negara-negara terlibat supaya segera menarik balik tindakan sepihak secara menyeluruh.

"Negara-negara berkaitan diseru tidak lagi mengambil sekatan sepihak yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB." kata Dai Bing.