Penaiktarafan Pertanian demi Pembangunan Desa di Haimen

2022-10-23 17:46:55  CRI
Share with:

Selain keselamatan bijirin dan bekalan sayur-sayuran dipastikan terjamin, penaiktarafan pertanian juga dipergiatkan di daerah Haimen, bandar Nantong, provinsi Jiangsu dengan menyasarkan pembinaan perladangan premium dan taman industri makmal. Setakat penghujung tahun 2021, perladangan premium seluas lebih 33,000 hektar yang menempati 72.4% keseluruhan di Haimen selesai dibina. Serentak itu, 12 buah premis yang pelbagai bentuk yang melibatkan taman industri dan taman makmal kombinasi industri telah ditubuhkan. Kesemua ini dilihat kondusif bagi perkembangan pertanian dan pembangunan desa.