Dialog Damai Libya Dialu-alukan

2022-10-25 14:21:16  CRI
Share with:

China mengalu-alukan dialog damai kebangsaan Libya, menyokong pihak-pihak terlibat mewujudkan perdamaian dan membina iklim yang kondusif bagi proses politik.

Demikian dinyatakan oleh Kuasa Usaha delegasi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing ketika berucap pada sesi terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu Libya pada Isnin lalu.

Menurutnya, cara politik merupakan satu-satunya jalan keluar bagi menyelesaikan isu Libya. Kongres Kebangsaan Libya dan Jawatankuasa Tertinggi Negara Libya baru-baru ini menyatakan akan memulihkan dialog dengan secepat mungkin. China mengalu-alukan kenyataan tersebut dan menggalakkan pelbagai pihak di Libya memperkasakan muafakat berdasarkan hasil dialog yang dicapai sebelum ini dengan diterajui PBB, mengadakan pilihan raya dan keluar dari kebuntuan politik dengan secepat mungkin .

Dai Bing mengatakan bahawa mandat pasukan sokongan PBB ke Libya akan tamat. China menyokong Majlis Keselamatan meluluskan resolusi substantif dan jangka panjang mengenai pelanjutan mandat itu. Sementara itu, China menyokong pasukan sokongan PBB memfokuskan mandat teras, mendorong peralihan politik dan menyokong pilihan raya diadakan di Libya berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan.