Sekurang-kurangnya 18 Maut Kes Tembakan di AS pada Hujung Minggu

2022-10-25 11:54:14  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam kes tembakan yang berlaku di bandar Chicago, Milwaukee, dan Denver, Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu.

Dari 22 hingga 23 Oktober waktu tempatan, sekurang-kurangnya 51 orang mengalami tembakan di Chicago, antaranya 10 terbunuh, termasuk sembilan remaja.
Pada masa yang sama, sekurang-kurangnya lapan insiden keganasan senjata api berlaku di bandar Milwaukee, menyebabkan seorang maut dan 15 lagi cedera.

Selain itu, sekurang-kurangnya lapan kes tembakan berlaku di bandar Denver, membunuh lima orang dan banyak lagi cedera.

Dalam pada itu, dua jururawat dibunuh dalam satu kes tembakan yang berlaku di sebuah hospital di bandar Dallas.