Kadar Sokong Biden Catat 43 Peratus

2022-10-27 16:00:31  CRI
Share with:

Hasil tinjauan pendapat umum yang dijalankan bersama oleh syarikat Morning Consult dan syarikat media Politico pada Rabu lalu mendapati kadar sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mencatat 43 peratus manakala kadar tidak menyokongnya mencapai 55 peratus dalam tempoh dua minggu sebelum pilihan raya pertengahan penggal.

Selain itu, hanya 30 peratus responden berpendapat AS sedang menuju ke arah yang betul, sementara 70 peratus responden menganggap pembangunan AS sudah tergelincir jauh dari landasan yang betul.