AS Dituntut Henti Jual Senjata kepada Taiwan

2022-10-28 14:42:38  CRI
Share with:

Penyelesaian isu Taiwan merupakan urusan rakyat China sendiri dan patut dilakukan oleh rakyat negara ini. China menuntut Amerika Syarikat (AS) berhenti bermain api dalam isu Taiwan, berhenti menjual senjata kepada Taiwan dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taiwan supaya jangan berulang kali membuat kesalahan dalam isu tersebut.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Tan Kefei berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang taklimat pada Khamis.

Menurutnya, AS baru-baru ini mengeluarkan beberapa dasar dan undang-undang mellibatkan Taiwan yang mencabuli kedaulatan China, bertujuan untuk 'mengekang China dengan isu Taiwan'. Langkah-langkah tersebut campur tangan dalam urusan dalaman China, membelakangi prinsip satu China, tiga pengumuman bersama China-AS serta komitemen politik AS dalam isu Taiwan.

Semasa menyentuh tentang penjualan senjata AS kepada Taiwan, Kolonel Tan mengulas bahawa keselamatan Taiwan bergantung kepada pembangunan damai hubungan kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan. Penjualan senjata kepada Taiwan akan meruncing situasi dan meningkatkan risiko konflik.

China menuntut AS berhenti menjual senjata kepada Taiwan, dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taiwan. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memberikan perhatian yang tinggi tentang situasi di kawasan Selat Taiwan dan komited mengambil tindakan tegas untuk membela kedaulatan dan keselamatan negara.