Sumbangan “Petani Baharu” dalam Pembangunan Kampung

2022-10-29 10:19:45  CRI
Share with:

Orang muda dari kampung Zhanxikeng di pekan Baishi, bandar Fu'an provinsi Fujian yang mempunyai penduduk terdaftar lebih 300 orang, berturut-turut meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di luar sehingga tinggal hanya belasan orang yang lanjut usia. Chen Qing yang berasal dari kampung Zhanxikeng pun memulakan kerjayanya di luar setelah tamat dari universiti, tetapi memilih balik ke kampung halamannya pada 2015 untuk memulakan kerjaya baharu. Chen yang berjaya memanfaatkan sumber tempatan dalam penanaman padi dan pembiakan lebah, sudi mengajar teknik terbabit kepada peduduk sekampung secara percuma sehingga menjadi seorang “petani baharu” yang mampu membimbing pembangunan kampung.