Dukanovc Setuju Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dan Inisiatif Pembangunan Sejagat

2022-10-31 14:37:31  CRI
Share with:

 

Presiden Montenegro, Milo Dukanovc menyatakan bahawa kepentingan multilateralisme semakin terserlah ketika menghadapi cabaran global terutamanya cabaran yang muncul pada beberapa tahun lalu.

 

Menurut beliau, waima apa jua saiz sesebuah negara itu, ia tidak mampu untuk mengatasi wabak COVID-19 dengan hanya bergantung kepada kekuatan sendiri sahaja.

 

Malah, Dukanovc juga berkata ia adalah sama seperti ketika mengatasi isu keganasan, jenayah rentas sempadan dan perubahan iklim.

 

Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara eksklusif wartawan CGTN, Wang Guan baru-baru ini.

 

Pada beberapa tahun lalu, Presiden Xi Jinping berulang kali menekankan pentingnya Inisiatif Pembangunan Sejagat (GDI).

 

Dalam perhubungan melalui telefon pada bulan Mei 2021 kedua-dua pemimpin itu turut menyentuh tentang isu tersebut.

 

Dukanovc berpendapat, GDI merupakan galakan bagi setiap tokoh dalam pentas politik dunia agar mempertimbangkan kaedah untuk memperbaiki hubungan dan kerjasama yang melibatkan pelbagai bidang.