Kerjasama China dan Montenegro Terus Meningkat: Dukanovc

2022-10-31 14:35:15  CRI
Share with:

Montenegro dan China mempunyai persahabatan tradisional yang bersejarah lama dan kedua-dua pihak amat menghargai dan menghormati tradisi tersebut.

 

Demikian dinyatakan Presiden Montenegro Milo Dukanovc ketika menerima wawancara khas wartawan CGTN, Wang Guan baru-baru ini.

 

Beliau yakin kedua-dua negara dapat memelihara hubungan bilateral pada era baharu ini bedasarkan kepercayaan antara satu sama lain, di samping menghormati kebebasan pihak lain untuk memilih kaedah pembangunan negara masing-masing.

 

Menurut Dukanovc, taraf kerjasama kedua-dua negara terus meningkat berikutan terdapatnya mekanisme pelbagai jenis termasuk inisiatif Jalur dan Lalu (BRI), serta kerjasama China-Eropah Tengah dan Timur.

 

“Dalam tempoh belasan tahun lalu, jumlah pelaburan dan perdagangan dua hala meningkat dengan ketara, kerjasama dalam pelbagai bidang diintensifkan dan dijangka akan lebih berhasil pada masa depan dengan dasarnya yang makin kukuh,” ujarnya.

 

Dukanovc berharap, pengalaman kerjasama antara China dengan negara Eropah Tengah dan Timur serta kawasan tenggara Eropah dapat dicontohi negaranya.

 

“Pembinaan infrastruktur tetap diutamakan dalam kerjasama kedua-dua pihak. Montenegro mempunyai potensi besar dalam sumber boleh dibaharui yang masih belum diterokai dengan sepenuhnya, dan kerjasama dalam bidang sumber tenaga juga amat diminati syarikat China.

 

“Selain itu, Montenegro sudah mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan industri perubatan tradisional China termasuk penanaman dan penyelidikan dan pengeluaran perubatan herba berkenaan, dan ini akan membantu Mongtenegro mengembangkan terus industri ini,” katanya lagi.