Kelakuan Cemar Imej China Dikutuk Keras

2022-11-01 15:18:24  CRI
Share with:

China membidas perbuatan segelintir negara yang berdegil membentuk kumpulan kecil, menghasut konfrontasi politik dan menghitamkan imej China dengan menyalahgunakan platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kecaman itu disuarakan menerusi kuasa usaha sementara misi tetap China ke PBB, Dai Bing.

Dilaporkan, beberapa negara antaranya Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sengaja memburuk-burukkan imej China dengan mempergunakan isu hak asasi dalam Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-77 pada Isnin.

Dai berkata, banyak negara lantang menentang cubaan mempolitikkan isu hak asasi, mengamalkan dwistandard dan mencampuri urusan dalaman China atas nama hak asasi.

Mereka turut memuji pencapaian China dalam pembangunan hak asasi.

"Ternyata bahawa kelakuan negara Barat menggembar-gemburkan isu Xinjiang bertujuan merosakkan kestabilan dan menyekat pembangunan China, semata-mata untuk mengekalkan kedudukan hegemoninya, ' tegas Dai.

Beliau turut menyelar perbuatan negara terbabit melemparkan tohmahan kepada puluhan negara anggota PBB, namun membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap rekod hitam sendiri serta sekutunya dalam isu hak asasi.

"Niat sebenar mereka adalah mengalihkan percanggahan di dalam negeri dengan memperkedok hak asasi," katanya.