Forum Mendorong Perdagangan E-niaga Rentas Sempadan melalui Digitalisasi 2022 Dirasmikan

2022-11-08 15:40:34  CRI
Share with:

“Forum Mendorong Perdagangan E-niaga Rentas Sempadan melalui Digitalisasi 2022” sebagai salah satu komponen Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 telah diadakan di Shanghai semalam. Sejumlah pakar dan sarjana dari pelbagai negara telah mengadakan perbincangan mengenai topik bagaimana menggunakan alat teknologi digital, membuka saluran perdagangan data dan mendorong kemakmuran serta kestabilan ekonomi dunia.

Menurut Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), pertumbuhan tahunan jumlah perdagangan global sebanyak 1.8% hingga 2% dijangka berpunca dari teknologi digital menjelang 2030.

Seiring dengan terbentuknya landskap persaingan dalam perdagangan global yang berteraskan perdagangan digital, mewujudkan mod perdagangan antarabangsa yang baharu yang berdasarkan data, menghapuskan halangan data dan menetapkan peraturan yang bersatu menjadi semakin mendesak.

Dimaklumkan bahawa WTO, Persidangan Pembangunan dan Perdagangan PBB (UNCTAD), Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) dan negara-negara yang terlibat, sedang menggubal dan menyemak satu risalah yang berkaitan dengan peraturan perdagangan digital yang dijangka akan dikeluarkan tahun ini.