Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC

2022-11-11 15:52:44  CRI
Share with:

Atas undangan Presiden Indonesia Joko Vidodo, Presiden China, Xi Jinping akan bertolak ke pulau Bali untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-17 pada 14 hingga 17 November.

Menurut maklumat lagi, atas undangan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, Presiden Xi akan selanjutnya menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-29 yang diadakan di Bongkok pada 17 hingga 19 November serta menjalankan lawatan di Thailand.

Dalam tempoh tersebut, Xi akan mengadakan pertemuan dua hala dengan sejumlah pemimpin negara asing termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, Presiden Senegal, Macky Sall dan Presiden Argentina, Alberto Fernández.