China Perkemas Langkah Kawalan Wabak

2022-11-11 15:24:38  CRI
Share with:

Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat bagi mendengar laporan mengenai kawalan wabak COVID-19, di sini, pada Khamis .

Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Setiauaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping kemudiannya disusuli dengan kajian dan pengaturan 20 langkah kawalan wabak selanjutnya.

Menurut mesyuarat itu, situasi kawalan dan pencegahan wabak masih kritikal berikutan variasi virus dan perubahan iklim.

Justeru, pihak-pihak berkaitan disaran untuk terus komited menjalankan pelbagai kerja pencegahan dan kawalan secara saintifik serta tepat.

Turut ditegaskan adalah pelaksanaan pengaturan yang ditetapkan Jawatankuasa Pusat PKC perlu dilakukan secara penuh, tepat dan menyeluruh, meletakkan rakyat dan nyawa sebagai keutamaan, dan tidak berganjak dalam melaksanakan strategi mencegah jangkitan dari luar negara dan mengawal lonjakan dalam negeri.

Antara lain yang disentuh adalah mempertahankan dasar 'dinamik sifar COVID', mengawal penularan wabak sambil menstabilkan ekonomi dan menjamin keselamatan pembangunan, menyelaraskan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, melindungi kselamatan nyawa dan kesihatan rakyat, serta meminimumkan impak wabak terhadap pembangunan sosioekonomi.

Pihak-pihak berkaitan juga digesa menumpukan tenaga untuk memperkasakan operasi memerangi wabak di kawasan penting, mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal penularan wabak, dan memulihkan order pengeluaran dan kehidupan mornal secepat mungkin.

Sementara itu, pihak-pihak terlibat perlu meneruskan kawalan secara saintifik dan tepat, meningkatkan keefisenan langkah kawalan, menganalisis dengan tepat risiko wabak, dan menyempurnakan langkah-langkah kawalan.

Pada masa sama, pihak-pihak berkaitan perlu mengambil langkah yang lebih tepat dalam proses kuarantin, saringan, perjalanan penduduk, perkhidmatan perubatan, pemvaksinan, perkhidmatan jaminan kawalan wabak untuk firma dan sekolah, serta bantuan kepada individu yang terkandas.

Perkara lain yang turut menjadi tumpuan adalah berkaitan pemerkasaan penyelidikan vaksin dan ubat-ubatan, peningkatan keberkesanan dan sasaran vaksin dan ubat-ubatan, menjamin perkhidmatan sara hidup asas seperti rawatan perubatan, dan menambah bantuan kepada golongan lemah.