Kisah "Berkongsi Masa Depan" Melalui Wahana CIIE Berlanjut-lanjut

2022-11-11 15:18:51  CRI
Share with:

Kontrak yang  bernilai USD73.52 bilion (RM341.13 bilion) termeterai, meningkat 3.9% berbanding  edisi tahun lepas. Itulah prestasi cemerlang yang tercapai dalam Ekspo Import  Antarabangsa China (CIIE) ke-5 yang baru menutup tirainya pada Khamis. Menurut  data statistik kerajaan China, dalam ekspo yang melibatkan 145 buah negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa itu, sebanyak lebih 2,800 perusahaan dari 127 buah negara dan rantau telah mempamerkan 438 produk, teknologi dan perkhidmatan yang ditampilkan untuk julung kalinya, iaitu lebih banyak daripada edisi tahun lepas.

China yang mempunyai pasaran yang besar sekali dalam senario global, adalah rakan dagang utama bagi lebih 140 buah negara dan rantau, dan menduduki tempat pertama dalam  ranking negara perdagangan kargo dunia untuk lima tahun berturut-turut. Melalui  berlangsungnya CIIE edisi 2022, China komited mendorong pelbagai pihak berkongsi  peluang dalam pasaran domestiknya yang raksasa, pelaksanaan dasar pintu terbuka  secara sistematik dan kerjasama antarabangsa yang kian  diperincikan.

Sementara  itu, hampir 30 negara paling mundur (least developed countries--LDCs) telah diberi layanan menikmati gerai pameran secara percuma, dan jumlah itu bertambah satu kali ganda berbanding dengan ekspo edisi tahun lepas. Biji gajus dari Guinea Bissau dan karpet dari Afghanistan yang dipamerkan bersama dengan produk  berteknologi tinggi dari negara maju, berjaya mendapat surat tempahan, sekaligus  menyaksikan "rakyat pelbagai negara boleh menjadi semakin relevan dengan hasil  perkembangan dalam suasana yang adil".

Pelbagai produk buatan negara RCEP (Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau) yang istimewa seperti arak suling dari Okinawa, beras dari Kemobja dan daging lembu dari Australia telah mendapat dividen yang berganda melalui berlangsungnya ekspo  kali ini serta penguatkuasaan RCEP untuk tahun pertamanya.

Kontrak bernilai USD4 bilion (RM18.56 bilion) tercapai dalam perbincangan perdagangan dan pelaburan yang diadakan secara fizikal semasa berlangsungnya CIIE kali ini.  Beberapa banyak syarikat asing sudah memutuskan menubuhkan kilang, pusat  penyelidikan dan pembangunan di China. Ambil contoh, CIIE 2022 berjaya menghimpunkan kesemua 15 konglomerat ubat-ubatan dan 10 konglomerat peralatan  perubatan yang paling berprestij dalam senario global.

"Jumpa lagi  pada tahun hadapan!" Kini, China telah memulakan prosedur membida dan mempelawa pempamer, sebahagian persiapan untuk CIIE ke-6, manakala jumlah pempamer yang menandatangani kontrak untuk edisi tahun depan sudah meningkat ke hampir 60.  Kisah "berkongsi masa depan" melalui wahana CIIE kelihatan  berlanjut-lanjut.