Li Keqiang Bertemu dengan PM Australia

2022-11-14 13:41:41  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Norman Albanese sempena menghadiri siri persidangan kerjasama Asia Timur di Phnom Penh, Kemboja pada Sabtu lalu.

Albanese menyatakan, China dan Australia akan menyambut ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik pada bulan depan. Pihaknya bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan hubungan baik kedua-dua negara.

Li Keqiang berkata, rakyat China dan Australia telah menjalin hubungan persahabatan sejak sekian lama. Walaupun hubungan kedua-dua negara pernah mengalami cabaran dan kesulitan, namun ia menampakkan trend pemulihan sejak Albanese dari Parti Buruh memegang jawatan Perdana Menteri dan berusaha untuk menggalakkan hubungan dua hala kembali ke landasan normal.

Li menegaskan bahawa China bersedia bertindak sehaluan dengan Australia, mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara supaya menggalakkan hubungan China-Australia berkembang maju ke arah sihat dan mapan.