HSR Jakarta-Bandung Siap untuk Ujian Bersepadu

2022-11-14 14:14:58  CRI
Share with:

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung kini siap untuk ujian operasi bersepadu, apabila seunit EMU buatan China berlepas dari stesen Tegal Luar pada minggu lalu.

Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (China Railway International) memberitahu bahawa unit EMU yang menjalankan ujian operasi tersebut dihantar ke Indonesia pada 1 September lalu dan ini penampilan pertamanya pada landasan HSR Jakarta-Bandung.

Menurut prosedur ujian operasi HSR, landasan itu akan memasuki ujian bersepadu.

HSR Jakarta-Bandung yang menghubungkan Jakarta dengan bandar keempat terbesar di Indonesia direka bentuk berkelajuan 350 kilometer sejam. Selepas projek itu siap, masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan daripada tiga jam kepada 40 minit.