Tanah Lembap, Tarikan Pelancongan di Harbin

2022-11-16 14:10:54  CRI
Share with:

Tanah lembap yang seluas 198.7 ribu hektar di bandar Harbin, provinsi Heilongjiang merangkumi jenis yang pelbagai termasuk tanah lembap fluvial, tanah lembap tasik dan tanah paya.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pelaksanaan projek-projek yang meliputi pemuliharaan ekosistem akuatik di kawasan aliran sungai Songhua dan pemuliharaan tanah lembap dipergiatkan di bandar Harbin yang terpilih sebagai “Bandar Tanah Lembap Antarabangsa” kumpulan pertama di dunia pada tahun 2018.

Pada masa ini, bandar itu mempunyai sebuah tanah lembap penting peringkat antarabangsa, lapan buah Zon Perlindungan Semula Jadi peringkat provinsi, 13 taman tanah lembap peringkat kebangsaan dan dua taman tanah lembap peringkat provinsi, yang berfungsi sebagai tarikan bagi sejuta pelancong setiap tahun dan menyumbang kepada pungutan pendapatan sebanyak RMB puluhan bilion.