China Ambil Berat Keselamatan Bahan Makakan Dunia

2022-11-16 14:02:54  CRI
Share with:

Forum Antarabangsa mengenai Bantuan Padi Hibrid dan Keselamatan Bahan Makanan Global diadakan di Beijing baru-baru ini. Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah kepada forum itu menyatakan bahawa penanaman padi hibrid secara luas di China sejak lima dekad lalu telah membantu negara ini yang mempunyai keluasan tanah pertanian hanya sembilan peratus di dunia menyelesaikan isu makanan kepada hampir seperlima jumlah penduduk dunia.

Kini penanaman padi hibrid telah diperluaskan ke hampir 70 negara di seluruh dunia, menyumbang besar kepada peningkatan jumlah bahan makanan dan pembangunan sektor pertanian di negara-negara berkenaan, di samping menyediakan pelan China untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan di negara-negara membangun.

Demikan dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning ketika menjawab soalan wartawan tentang langkah-langkah China untuk memelihara keselamatan bahan makanan global dalam sidang akhbar pasa Selasa.

Beliau berkata, China memberi perhatian tinggi terhadap keselamatan bahan makanan global. Dalam Inisiatif Pembangunan Global (GDI) yang dianjurkan Presiden Xi Jinping, keselamatan makanan antara lapan bidang kerjasama utama masyarakat antarabangsa. Selain itu, China pula mengemukakan Inisiatif Kerjasama Keselamatan Makanan Antarabangsa di bawah rangka Kumpulan 20 (G20) berserta cadangan dalam lapan bidang.

Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-25 yang baru berakhir, pelbagai pihak telah meluluskan Pengumuman Bersama China-ASEAN mengenai Kerjasama Keselamatan Bahan Makanan, dan mencapai konsensus penting untuk meningkatkan kerjasama membabitkan pembekalan, pemerolehan, penggunaan dan kestabilan bahan makanan.