Ujian Operasi HSR Jakarta-Bandung Berjaya

2022-11-17 14:31:28  CRI
Share with:

Seunit tren pemeriksa yang dihasilkan oleh Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (China Railway International) telah menjalankan ujian bersepadu terhadap landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung pada Rabu.

Semua indeks didapati berprestasi baik dan ia menandakan ujian operasi pertama HSR Jakarta-Bandung mencapai kejayaan. 

Pembinaan HSR tersesbut kini berjalan lancar. Kesemua 13 terowong di sepanjang landasan telah siap dan pembinaan landasan utama sedang berjalan secara teratur.

HSR Jakarta-Bandung yang menghubungkan Jakarta dengan bandar keempat terbesar di Indonesia sepanjang 142.3 kilometer. Kelajuan maksimanya boleh mencapai 350 kilometer sejam. Selepas projek itu siap, masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan dipendekkan daripada lebih tiga jam kepada 40 minit.