China Komited Bina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik: Xi

2022-11-17 22:19:55  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa China akan dengan tegas mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan memberikan lebih banyak sumbangan kepada kestbilan dan kemakmuran di rantau Asia-Pasifik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertulis yang bertajuk “Kekalkan Aspirasi Asal, Giatkan Pembangunan Bersama, Buka Lembaran Baharu Kerjasama Asia-Pasifik” dalam Sidang Kemuncak CEO Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bangkok, Thailand petang tadi.  

Menurutnya, anggota APEC telah mencapai prestasi cemerlang dalam pembangunan ekonomi dalam tempoh beberapa dekad lalu. Pada masa sama, kerjasama ekonomi Asia-Pasifik memberikan penggerak kuat bagi pembangunan serantau, dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Tatkala berdepan pembangunan baharu pada masa ini, anggota APEC harus menimba pengalaman daripada sejarah, menghadapi cabaran semasa, dan dengan tegas mengintensifkan integrasi ekonomi rantau Asia-Pasifik.

Beliau turut menganjurkan enam cadangan, antaranya mengukuhkan asas pembangunan damai, mempertahankan konsep mengutakan rakyat, memperkasakan keterbukaan bertaraf lebih tinggi, mewujudkan kesalinghubungan bertaraf lebih tinggi, membina rantaian perindustrian dan bekalan yang stabil dan lancar, serta mendorong penaiktarafan ekonomi.

Presiden Xi menegaskan bahawa pembangunan China mendapat manfaat daripada Asia-Pasifik dan akan memberikan kembali manfaat kepada rantau ini. China akan dengan tegas membina komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan memberikan lebih banyak sumbangan bagi kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Beliau berharap tokoh-tokoh kalangan industri dan perniagaan agar mendorong kerjasama ekonomi, menyertai pembaharuan dan keterbukaan serta pembinaan modenisasi China agar memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran di rantau Asia-Pasifik bahkan dunia.