China Pandang Hubungan dengan Filipina dari Ketinggian Strategik: Xi

2022-11-18 09:16:41  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa China memandang hubungan dengan Filipina dari ketinggian strategik, bersedia mewarisakan persahabatan tradisional kedua-dua negara, dan memperkasakan kerjasama dengan Filipina, bersama-sama komited kepada pembangunan dan kemakmuran negara, serta membuka halaman baharu bagi hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos di Bangkok, Thailand pada Khamis.

Dalam perbualan melalui telefon pada Mei lalu, kedua-dua presiden telah mencapai beberapa persetujuan mengenai perkembangan hubungan dua hala pada era baharu. Kedua-dua pihak telah menetapkan empat bidang kerjasama utama termasuk pertanian, pembinaan prasarana, tenaga dan kebudayaan.

Xi menyatakan, kedua-dua negara harus meningkatkan sinergi antara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan program "Build, Build, Build" Filipina.

Sementara itu, menurut Xi, China bersedia mengimport lebih banyak produk pertanian dari Filipina.

Marcos pula menyatakan, China telah memberi sokongan dan bantuan kepada Filipina dan memainkan peranan signifikan dalam pembangunan negara itu. Rasa ksalingpepercayaan antara kedua-dua negara semakin meningkat.

Marcos mengulangi pendirian konsistennya iaitu hubungan China-Filipina tidak patut ditakrifkan melalui isu laut, dan kedua-dua pihak boleh mengadakan komunikasi mengenai isu yang berkaitan.

Beliau menegaskan, Filiipina akan terus mengamalkan prinsip satu China dan bersedia mengadakan rundingan dengan China tentang eksplorasi bersama minyak dan gas asli di laut.