Xi, Peng Liyuan Temui Raja dan Permaisuri Thailand

2022-11-19 15:04:36  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan bertemu dengan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua dan Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana di Istana Besar Bangkok, Thailand pada Jumaat malam.

Xi Jinping menyatakan bahawa China dan Thailand adalah jiran, sahabat, saudara dan rakan baik. Hubungan kedua-dua negara telah berjaya mengharungi kesulitan dan terus berkembang maju pada era baharu ini.

Menurut Xi, Raja dan keluarga diraja Thailand memberi tumpuan dan menyokong hubungan persahabatan dengan China, memainkan peranan yang istimewa lagi signifikan dalam mewarisi persahabatan dan mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Beliau turut mengeluarkan undangan kepada Raja dan keluarga diraja Thailand untuk melawat ke China.

Raja Vajiralongkorn menilai tinggi pencapaian cemerlang Presiden Xi dalam mentadbir negara, khususnya dalam membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Raja Vajiralongkorn menyatakan bahawa beliau pernah melawat ke China beberapa kali dan melihat kecantikan, kehebatan dan kemajuan di China dan berharap untuk melawat ke China lagi.