Persahabatan yang Mahal

2022-12-02 12:08:34  CRI
Share with:

 

Mutakhir ini, semakin ramai pegawai tinggi Kesatuan Eropah (EU) mendakwa Amerika Syarikat (AS) menjual tenaga berharga tinggi kepada Eropah lanjutan daripada krisis Ukraine. 

Bukan itu sahaja, mereka juga bahkan menuduh AS berniat menjejaskan industri Eropah melalui Akta Pengurangan Inflasi. 

Situasi ini secara tidak langsung mencerminkan EU memang membayar terlalu banyak dalam “persahabatan” dengan AS.