Kerjasama Tenaga China, Negara Arab Berpotensi Besar

2022-12-06 13:32:48  CRI
Share with:

Sumber tenaga sudah menjadi bidang kerjasama penting antara China dengan negara-negara Arab, menurut Kementerian Luar China.

Jurucakapnya, Mao Ning berkata kerjasama itu mempunyai potensi sangat besar yang bukan sahaja meliputi sumber tenaga tradisional, malah juga tenaga bersih, ekonomi rendah karbon dan transformasi sumber tenaga.

China bersedia berusaha bersama dengan negara Arab untuk memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang agar memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Menyentuh mengenai stesen janakuasa elektrik Al Kharsaah yang dibina syarikat China untuk membekalkan tenaga hijau pada Piala Dunia 2022, Mao berkata ia merupakan stesen janakuasa bukan bahan api fosil pertama di Qatar dan juga projek penting di bawah ‘Visi Kebangsaan 2030’ negara itu.

“Fasiliti berkenaan sekali gus membantu Qatar menunaikan janji untuk menganjurkan Piala Dunia yang neutral karbon,” ujar beliau semasa taklimat media pada Isnin.

Tambah Mao, stesen janakuasa elektrik tenaga suria Al Dhafra yang dibina oleh syarikat China di Emiriah Arab Bersatu juga telah beroperasi.

“Ia merupakan stesen janakuasa fotovolta (PV) paling besar di dunia, dan mampu membantu mengurangkan pelepasan sebanyak 2.4 juta tan karbon dioksida di Abu Dhabi setiap tahun,” katanya.