Tarikh Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026 Diumumkan

2022-12-06 10:55:31  CRI
Share with:

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Eksekutifnya semalam dan mengumumkan bahawa Sukan Olimpik Remaja 2026 akan diadakan di Dakar, Senegal dari 31 Oktober hingga 13 November 2026.

Untuk rekod, Sukan Olimpik Remaja Dakar akan menjadi temasya Olimpik pertama yang diadakan di benua Afrika.