Eropah, AS Berselisih Akta Pengurangan Inflasi

2022-12-06 13:54:15  CRI
Share with:

Perselisihan pendapat antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Amerika Syarikat (AS) membabitkan Akta Pengurangan Inflasi AS masih belum diselesaikan. 

Menurut portal Jabatan Negara AS, Suruhanjaya Perdagangan, Sains dan Teknologi AS-EU akan mengadakan mesyuarat pada 5 Disember untuk membincangkan perselisihan tersebut.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo,  Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovskis dan Margrethe Vestager akan menghadiri mesyuarat tersebut.