390 Ribu Penduduk Kehilangan Tempat Tinggal di Congo

2022-12-07 13:15:38  CRI
Share with:

Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 390 ribu orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan antara kumpulan pemberontak Gerakan M23 dengan tentera kerajaan Republik Demokratik Congo. 

Selain itu, menurut OCHA, sebanyak 679 ribu penduduk tempatan memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk tempat tinggal sementera, makanan, perkhidmatan kesihatan, air, pendidikan dalam situasi cemas dan lain-lain.