Maghribi, ‘Kuda Hitam’ Piala Dunia 2022

2022-12-08 12:14:00  CRI
Share with:


Maghribi muncul sebagai satu-satunya pasukan dari rantau Asia dan Afrika yang berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 Qatar, selepas menumpaskan pasukan Sepanyol pada Selasa.

Prestasi itu menyamai rekod paling baik pasukan negara Afrika dalam kejohanan tersebut, sekali gus menjadikannya pasukan ‘kuda hitam’ yang menarik perhatian ramai. 

Terdahulu, pasukan Maghribi dikatakan bernasib kurang baik berikutan diundi untuk berada dalam kumpulan F bersama Croatia dan Belgium yang masing-masing merupakan naib juara dan pemenang tempat ketiga dalam Piala Dunia 2018.

Namun, Maghribi akhirnya mengungguli kumpulan tersebut dengan mengikat Croatia dalam perlawanan pertama, seterusnya menumpaskan Belgium dan Kanada.

Untuk rekod, majoriti anggota pasukan Maghribi merupakan pemain dalam lima liga bola sepak paling terkemuka di Eropah.

Lebih menarik, pasukan itu mempunyai pemain dengan umur purata 26.3 tahun, iaitu skuad kelapan paling muda untuk Piala Dunia edisi kali ini.