China akan Terus Beri Sokongan kepada Pembangunan Seluma Iraq: Xi

2022-12-09 16:59:10  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani di Riyadh, Arab Saudi pagi tadi.

Xi Jinping berkata, Iraq antara negara Arab yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China. Sejak China dan Iraq menjalin perkongsian strategik pada tahun 2015, hubungan dua hala berkembang sihat dan mampan, sementara kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang pula dipergiat. 

Beliau berkata, China bersedia berganding bahu dengan Iraq untuk bersama-sama mengintensifkan hubungan perkongsian strategik kedua-dua negara.

Xi menegaskan bahawa China akan terus memberikan sokongan kepada pembangunan semula di Iraq, membantu negara itu memulihkan industri, menambah baik kesejahteraan rakyat, dan mewujudkan pembangunan mampan.

Mohammed pula berkata, Iraq bersedia menjadi rakan China untuk bersama-sama memperkasakan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengalu-alukan China terus menyertai pembinaan infrastruktur dan sumber tenaga, serta meningkat pelaburan terhadap industri kimia dan tenaga di negara itu.