Laluan Baharu Darat-Laut Barat Buka Pelayaran Baharu

2022-12-12 12:04:40  CRI
Share with:

Kereta Api Gabungan Darat-Laut dengan nombor siri 20344 yang membawa gula mentah India seberat 265 tan telah betolak dari Qinzhou, Guangxi semalam, dan dijangka tiba di Lanzhou, Gansu selepas lima hari perjalanan.

Ini merupakan larian pertama pengangkutan gabungan kereta api-kapal “Mumbai-Qinzhou-Lanzou” bagi Laluan Baharu Darat-Laut Barat.

Setakat semalam, laluan terbabit telah menghantar kargo dalam jumlah 713,000 TEU, meningkat 19.8% berbanding tempoh sama tahun lepas, jauh lebih banyak daripada 630,000 TEU yang dicatat sepanjang tahun lalu.

Sejak tahun ini, ia telah membuka laluan baharu logistik yang meliputi Chongqing, Guizhou, Ningxia, Gansu dan Laos, Vietnam serta Myanmar.

Ia kemudiannya turut diperluas ke bahagian tengah termasuk provinsi Hunan, Henan, Hebei dan Jiangxi, sehingga menyaksikan jaringan logistik kini telah meliputi 113 buah negara dan rantau serta 338 pelabuhan.

Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, jumlah import eksport menerusi laluan terbabit telah mencatat RMB89.65 bilion (RM56.78 bilion), meningkat 99.3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Antaranya, produk yang diimport adalah bijirin, buah-buahan dan produk perlombongan, sementara produk yang dieksport pula termasuk produk permesinan dan kimia.